PenuhPadatSendat



PENGENALAN
          Kemasukan pelajar baru yang mencecah hampir 4000 ribu orang bagi semester ini telah menyebabkan banyak masalah berlaku, di antaranya ialah masalah kepadatan atau kesesakan yang berlaku di kolej, kafe-kafe sekitar unimas n kolej dan yang paling ketara ialah kepadatan pelajar sewaktu menaiki pengangkutan yang disediakan oleh unimas seperti bas. Keadaan ini berlaku kerana pertambahan jumlah pelajar pada pengambilan tahun ini secara mendadak dari pihak universiti. Oleh itu, pelajar-pelajar di unimas telah menghadapi masalah kekurangan bas dan ketidakselesaan semasa menaiki bas unimas yang sentiasa penuh dan terhimpit-himpit. Para pelajar terpaksa berpusu-pusu mengejar bas terutama bagi pelajar yang tinggal di luar kampus dan juga di kampus timur. Kebanyakkan pelajar yang tinggal di luar kampus terpaksa berebut dengan pelajar yang tinggal di kampus barat. Ini kerana bilangan bas yang digunakan untuk mengambil pelajar tidak sepadan dengan jumlah pelajar yang ramai di unimas. Dari sebab itulah kadang kala keadaan bas unimas sangat penuh dan padat kerana terlalu ramai pelajar yang naik dan bilangan bas yang sedikit. Ia juga telah menyebabkan para pelajar berasa tidak selesa kerana terpaksa berhimpit-himpit dengan lelaki atau perempuan dan dalam keadaan yang panas. Selain itu, para pelajar yang tinggal diluar kampus dan kampus timur terpaksa keluar awal pagi bagi mengelakkan kesesakan sewaktu menaiki bas. Masalah ini boleh diatasi dengan menambah lagi bilangan bas atau membaiki bas-bas ang mengalami kerosakan daripada ia dibiarkan begitu sahaja. Selain itu, masalah ini juga berlaku kerana kekurangan pemandu dan kebanyakan bas tidak bergerak. Walaupun 2 buah bas telah disediakan khusus kepada pelajar yang tinggal di luar kampus ianya masih tidak dapat menampung pelajar yang tinggal di luar kampus.


TUJUAN
      Antara tujuan kami menyembahkan seni persembahan yang bertajuk “kepadatan” ini adalah untuk mengetahui dan melihat reaksi setiap pelajar yang menaiki bas-bas yang berada dalam kawasan Universiti Malaysia Sarawak (unimas). Kami juga ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai emosi atau perasaan seseorang pelajar apabila mereka dalam keadaan yang sesak dan padat apabila mereka berada di dalam bas yang penuh dan padat dengan para penumpang untuk ke fakulti atau sebagainya. Selain itu, kami juga ingin tahu pengalaman setiap pelajar yang berada di dalam bas yang sarat dengan penumpang atau pengalaman atau perasaan mereka jika mereka tidak dapat menaiki bas kerana bas tersebut telah sarat dengan penumpang. Kami menggambarkan keadaan bas sesak dan padat tersebut seperti penumpang berada di dalam tin sardin iaitu rapat-rapat.

KESIMPULAN
     Terdapat pelbagai perasaan, reaksi, emosi dan pengalaman yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang menaiki bas yang dalam berkeadaan sesak atau sarat dengan penumpang di kawasan unimas kerana bilangan bas yang digunakan di kawasan unimas adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang semakin ramai. 











Stop Motion.



LATAR MUZIK



Performance Art diiringi oleh latar muzik secara langsung dengan menggunakan dua alat muzik iaitu Keyboard dan Violin. Muzik dimainkan oleh pelajar muzik iaitu Juwizan Jupain(keyboard) dan Elizabeth Lee(Violin). Muzik yang dimainkan dalam performance art ini dimainkan secara spontan mengikut situasi dan merupakan gubahan sendiri oleh pelajar muzik dalam kumpulan ini tanpa mengambil dari mana-mana muzik yang sedia ada.

Muzik yang dimainkan menggambarkan tiga situasi semasa persembahan iaitu:


  1. 1. Situasi sedang menunggu bas
  2. 2. Situasi sedang berebut untuk menaiki bas
  3. 3. Situasi tertinggal bas

Muzik yang dimainkan pada awal situasi adalah bersifat perlahan ataupun dalam istilah muzik adalah “Andante atau “Adagio”. Muzik ini dimainkan pada awal persembahan iaitu semasa sedang menunggu bas. Melody dimainkan oleh keyboard dan Violin memainkan harmoni untuk mengiringi keyboard serta untuk menambah kesan kepada muzik. Semasa menunggu bas kadang-kadang boleh merasa bosan lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai teman untuk berbual dan keadaan ini kadang-kadang membuat seseorang teringat atau terfikir kembali memori lalu secara tidak sengaja. Keresahan dalam hati juga boleh terasa semasa sedang menunggu bas terutamanya kerana terlalu ramai pelajar tempat akan sesak dan bas akan penuh sebelum dapat naik apatah lagi jika keadaan panas. Namun situasi pada masa ini adalah pada awal pagi. Muzik yang dimainkan adalah perlahan dan mengambarkan perasaan orang yang sedang menunggu bas dengan sabar sambil melayan perasaan serta melihat gelagat orang lain disekeliling yang trut sama menunggu Bas.

Semasa bas sampai di perhentian Bas, muzik bertukar dari perlahan kepada muzik yang agak cepat. Terdapat dua muzik latar yang dimainkan keyboard namun dimainkan secara selang seli. Keyboard masih diiringi oleh violin pada awal muzik dengan menggunakan teknik Pizzicato iaitu menggunakn jari untuk membunyikan tali violin. Situasi ini adalah semasa berebut menaiki bas. Oleh kerana terlalu ramai pelajar, perlu berbaris dan berebut untuk menaiki bas. Kepadatan pelajar semasa menaiki bas menyebabkan orang lain mengambil inisiatif lain untuk menyelit diantara pelajar lain. Muzik ini menggambarkan keadaan pelajar yang sedang berebut untuk menaiki bas dan tercari-cari ruang untuk menyelit antara pelajar untuk boleh sampai cepat ke pintu bas, seterusnya dapat menaiki bas. Muzik iringan ini akan beterusan sampaibas penuh dan pada akhirnya masih ada pelajar yang tertinggal. Dengan rasa sedih dan marah kembali ke pondok menunggu bas sekali lagi untuk menunggu bas.

No comments:

Post a Comment